KUCHING : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Delegasi National Task Force (NTF) yang diketuai Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Khamis.
Pertemuan hampir 30 minit itu membincangkan kerjasama antara kerajaan negeri dan NTF berhubung pelaksanaan ‘Op Benteng’ dan aspek keselamatan di sempadan negara terutama wilayah Sarawak dari kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Dalam majlis tersebut, Ketua Menteri turut menerima cenderahati daripada Mantan Panglima 3 Briged merangkap Ketua Staf Tadbir Dan Logistik NTF, Brigedier Jeneral Dato’ Azhar Ahmad sebagai tanda penghargaan beliau.
Hadir sama, Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Sophian Isswandy Ismail; Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah; Ketua Staf Operasi NTF, DCP Dato’ Mohd Yusoff Mamat dan Pembantu Ketua Staf Bahagian J2 NTF, Brigedier Jeneral Dzeidee Schaff Jamaluddin. -EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS